Monday, January 19, 2009

eTiQa MESRA


Pelan eTiQa Mesra

MESRA merupakan pelan yang menawarkan perlindungan dan elemen simpanan. Dari tahun keempat perlindungan, nisbah pengendalian sumbangan adalah lebih kepada simpanan iaitu setinggi 75%.

MANFAAT
Manfaat Mesra dibayar jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh dan bagi hilang upaya kekal menyeluruh manfaat akan dibayar secara beransur-ansur selama 5 tahun sebanyak 10% setahun dan ansuran terakhir pada kadar 60%.


SUMBANGAN
Jumlah sumbangan tahunan yang akan dibayar akan menentukan amaun perlindungan yang diperolehi dengan didarabkan dengan pendarab jadual yang berasaskan pada umur dan tempoh perlindungan. Nisbah sumbangan bagi simpanan adalah lebih apabila tempoh kontrak meningkat

Tuesday, January 6, 2009

KENAPA TAKAFUL ?


PENGERTIAN TAKAFUL

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'

Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah

CIRI - CIRI TAKAFUL

1.Sistem Islam
2. Sumbangan At-Tabarru'at
3. Pelaburan halal
4. Majlis Pengawasan Syariah
5. Tiada unsur riba
6. Tiada unsur maisir (Judi)
7. Tiada unsur gharar (Tidak jelas)
8. Al-mudharabah (Perkongsian untung)

Sistem Islam

Konsep insurans iaitu 'Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik" merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud "Dan hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan" merupakan bukti utama betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji).

Sumbangan At-Tabarru'at

Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara iklas

Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas ketika menyumbang (At-tabarru'at) bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan

Dalam industri Takaful, At-tabarru'at yang diperkenalkan ialah Al-tabarru'at yang bersyarat.

Bersyarat adalah dimana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak, justeru itu jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut


Pelaburan Halal

Wang peserta akan dilaburkan hanya dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah

Bentuk pelaburan;

Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan).
Akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah).
Projek pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil).
Harta bangunan.
Pembiayaan perumahan.
Sekuriti saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah).

Ada Majlis Pengawasan Syariah

Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b):-

"Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendalian tentang perniagaan Takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan"


Tiada Unsur Riba

Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan kebanyakanya dilaburkan didalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang beurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional

Unsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran faedah (Interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang Islam.


Tiada Unsur Maisir (Judi)

Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait.
Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:
Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungani (the insured event) tidak berlaku.
Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.


Tiada Unsur Gharar (Tidak Jelas)

Maksud Gharar ialah "Ketidakpastian". Ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah :
"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".
Di dalam kontrak insurans terdapat unsur ketidakpastian iaitu:
Tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan
Tidak diketahui kadar bayarannya
Tidak diketahui bila masanya


Al-Mudaharabah (Perkongsian Untung)

Mudharabah bererti perkongsian untung diantara peserta dan syarikat.
Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan
Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat

Contoh
Nisbah 80:20 atau 50:50 atas keuntungan diantara peserta dan syarikat


KEUNTUNGAN MENYERTAI TAKAFUL

Menegakkan sistem muamalah Islam

Mendapat skim perlindungan melalui pelan takaful.

Mendapat pulangan melalui perkongsian untung
Keuntungan Pelaburan semasa tempoh takaful ( iaitu dari akaun peserta (AP))
Keuntungan pelaburan selepas tempoh takaful (iaitu dari akaun Khas Peserta (AKP))
Nisbah Mudharabah - Bergantung 50:50 ; 80:20 diantara peserta dan syarikat


TAKAFUL PRIMA





PENGENALAN


Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan perlindungan serta simpanan yang dapat memenuhi kehendak semasa peserta. Pelan ini ditawarkan kepada individu berumur diantara 6 bulan sehingga 54 tahun sahaja.
Pelan ini memberikan manfaat perolehan setiap 3 tahun jaminan pulangan berjadual dengan anggaran 10% dari amaun perlindungan (Dengan andaian pulangan pelaburan sebanyak 4% ke atas Akaun Khas Peserta)
Kadar pulangan yang lebih tinggi atau rendah akan mengubah jumlah pembayaran ini.
Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat perlindungan bila berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil walaupun Manfaat Perolehan sudah dibayar

MANFAAT ASAS

1. Perolehan Setiap 3 tahun (Survival)
Jaminan manfaat berjadual setiap tiga tahun sehingga tamat tempoh pelan 10 % dari nilai amaun perlindungan dibayar atas andaian pulangan pelaburan sebanyak 4% keatas Akaun Khas Peserta

2. Kematangan
Semasa tamat tempoh kontrak yang disertai

3.Keilatan Kekal Menyeluruh (Sehingga umur 65 tahun)
i.Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau menjalankan sebarang kerja untuk mendapat upah, pampasan atau untung dengan syarat keilatan tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan

ii.Hilang keseluruhan peglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan, atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilan hilang/putus keseluruhan legan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali

Untuk pelan juvana, hanya (ii) sahaja terpakai


4.Kematian
Termasuk kematian atas sebab biasa atau kemalangan.


CIRI - CIRI PELAN

Jaminan pulangan berjadual akan dibayar setiap tiga tahun. (Contoh: 10% dari Amaun Perlindungan – dengan andaian pulangan sebanyak 4 % ke atas Akaun Khas Peserta. Kadar yanglebih tinggi atau renah akan mengubah jumlah manfaat ini)


Perlindungan Kematian atau Keilatan Kekal Menyeluruh sepenuhnya walaupun Manfaat Perolehan sudah dibayar

Terdapat nilai tunai

Tiada Lien untuk Juvana

Manfaat Kematian dan Keilatan Kekal Menyeluruh boleh dilanjutkan kepada Juvana

Peruntukan Bukan Lucuthak melalui Sumbangan Automatik (Non-forfeilure Option in Automatic Contribution)