Sunday, November 22, 2009

Perjalanan anda dilindungi?



KITA selalu diingatkan mengenai tata cara sebagai pelancong dan pengembara yang peka terhadap persekitaran. Baik dari aspek menyertai amalan polisi hijau hinggalah kepada menghormati adab dan budaya di destinasi yang dilawati.
Dalam sibuk menyahut seruan pelancongan bertanggungjawab yang menjelaskan dasar antara seseorang pelancong dengan elemen di sekitarnya, adakah mereka bertanggungjawab terhadap kepentingan dan kebajikan diri sendiri? Jawapannya menjurus kepada satu perkara iaitu kepentingan memiliki insurans perjalanan. Sebenarnya, tidak ramai golongan pelibur menyedari tentang impak dan kemungkinan buruk ketika mereka melancong, khususnya di negara asing.

Di sebalik perancangan teliti, pelbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku tanpa dijangka. Pernahkah kita terfikir tentang apa akan berlaku jika barangan dan dokumen penting yang menentukan kelancaran perjalanan didapati hilang, tidak mencukupi, rosak ataupun disalah urus pihak tertentu? Pasti kelam-kabut jadinya kalau pemilikan pasport, kad pengenalan diri, cek pengembara, wang tunai, tiket perjalanan serta kelengkapan persalinan yang disimpan dalam bagasi menerima nasib buruk sebegitu.

“Itu belum lagi bercakap tentang kemungkinan seseorang boleh jatuh sakit di negara asing dan perlu mendapatkan rawatan segera di hospital. “Apa yang mereka boleh lakukan jika ketika menghadapi situasi getir itu, wang belanja tidak cukup ataupun hilang akibat kecuaian sendiri mahupun perbuatan khianat?” Menurut Nur Jehan, mereka perlu sedar bahawa kos rawatan di kebanyakan negara asing adalah jauh lebih tinggi.

Dalam situasi sedemikian, pemilik insurans perjalanan umpama boleh ‘menyambung nyawa’ lantaran kos rawatan yang tinggi itu diserap dalam perlindungan polisi insurans tersebut.
Malah terdapat polisi yang menanggung kos perjalanan bagi seorang ahli keluarga untuk bertemu dengan orang yang terlantar sakit di negara asing itu.
Sudah ada insurans

Polisi insurans itu juga merangkumi perlindungan terhadap kes kemalangan, kerugian harta benda termasuk komputer bimbit dan kejadian kacau ganggu sepanjang tempoh perjalanan percutian yang telah direncana oleh pembelinya.

Selain itu, terdapat polisi yang menampung perlindungan seperti pemindahan kecemasan, bimbingan perjalanan 24 jam, perlanggaran dan kerosakan kenderaan sewaan dan konflik niaga.
“Terdapat banyak lagi pilihan ditawarkan syarikat insurans tetapi kuasa memilih bergantung kepada kebijaksanaan pertimbangan dan keputusan pembelinya.

“Daripada pelan insurans perjalanan domestik yang semurah RM25 hingga ke pelan insurans bernilai ribuan ringgit bergantung kepada destinasi, semuanya berbaloi untuk dimiliki. “Lazimnya, fungsi insurans tersebut terlanjut sehingga ke tarikh pembelinya kembali ke tanah air.

“Bukan sahaja untuk diri sendiri, pembelian insurans ini juga jelas bermanfaat untuk seluruh ahli keluarga,” ujarnya sambil menambah bahawa golongan yang paling ramai tidak mengendahkan kepentingan insurans tersebut ialah kaum Melayu.

Namun, pasti ada yang bertanya, ‘mengapa perlu membeli insurans perjalanan sedangkan sudah memiliki insurans biasa yang cukup bagus?’ .“Mereka silap. Sebenarnya, mereka beranggapan insurans hayat dan perubatan serta kad kredit mampu menawarkan perlindungan secukupnya, sedangkan insurans perjalanan direka khusus untuk keperluan perjalanan itu sendiri.

“Tanpa membaca klausa dengan teliti, mereka akan dapati insurans umum itu tidak merangkumi perlindungan terhadap keperluan perjalanan itu sendiri seperti keselamatan bagasi, barangan peribadi, ketidaktetapan jadual berangkat dan sebagainya,” kata Nur Jehan.
Tidak ambil peduli

“Baik perjalanan domestik mahupun antarabangsa, masih ramai yang tidak ambil peduli tentang kepentingannya. “Malah saranan ejen pelancongan diketepikan,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran Leisure and Incentive Tours Sdn. Bhd., Wan Munirah Wan Puteh. Orang kuat agensi pelancongan itu mengakui bahawa majoriti pelanggan yang hendak mengikuti pakej pelancongan syarikatnya menganggap insurans perjalanan adalah sesuatu yang remeh dan sekadar menambah urusan perbelanjaan awal. Wan Munirah menafikan tanggapan bahawa kebanyakan ejen pelancongan menawarkan pelan yang paling murah dan tidak memulangkan manfaat yang sewajarnya.

Tambahan pula, insurans perjalanan yang dicadangkan adalah yang terbaik memandangkan pihak insurans begitu senang dengan rekod jumlah pembelian berkelompok yang datangnya daripada agensi pelancongan. “Dalam insurans yang diambil secara berkumpulan, harga yang perlu dibayar hanya serendah RM10 seorang. Pelan itu sudahpun meliputi keperluan standard bagi menampung kos kritikal apabila berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini. “Syarikat kami banyak mempromosi pelancongan domestik yang melibatkan aktiviti lasak misalnya program bina semangat. “Walaupun telah kami syorkan pembelian insurans ini sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kemalangan, pelanggan tetap menolak tanpa memikirkan bahawa ia adalah untuk kebaikan mereka juga,” ujar Wan Munirah kesal.
Oleh HAMZAH ABDUL HAMID
hamzah.abdulhamid@kosmo.com.my

Monday, November 9, 2009

Bila namanya idop makan gaji...

Kalau korang makan gaji perkara wajib yg akan korang hadapi bila umor dah sampai 58 (maklum lh, orang gomen skrg nie kan da d lnjutkan umur persaraan) ialah makan pencen atau makan duit EPF. itu realiti ber'bin'kan kenyataan..tak caya gi tanya mak ayah korang yg dulu makan gaji tu...satu ketika dulu dorang pun mcm tak nak percaya...huhu.

Kalau gaji korang sekitar 3000, at least korang perlukan 600,000 utk sustain idop korang yg tinggal lagi 20 tahun tu (kalu umor panjang le)...if not, kena harap ehsan anak2 le gamaknya..

problemnya anak2 zaman sekarang ni, nak kawin pun mintak duit mak bapak, nak deposit kereta, rumah, sementelah kalo dapur tak berasap pun mintak mak ayah (dek kerana kasih, sayang n cintakan anak-mak ayah pon tk sanggup tgk ank cucu berlapar kann) ...so potensi utk korang duduk rumah Pengasih tu tersangatlah tinggi... di pendekkan citer, belajar2 la menyimpan, ikut resmi org Cina pakai keta proton je tapi duit berjuta kat bank, tu pasal bila ada projek rumah atau kedai baru dorang boleh beli cash, lepas dapat CF property tu selalunya dijual balik dgn harga sekali ganda, beli 500,000 jual balik 1.2 juta dlm masa 2 tahun duit bertambah sekali ganda.

Jgn ikut resmi melayu, nampak Persona nak beli, nampak Citra nak beli, duit bukannyer ada pon, cuma mampu bayar installment 9 tahun aje. Jutawan Azizi Ali cakap nak tau kita mampu beli kereta ke tidak, maksimum loannya ialah 1 tahun je atau beli cash, kalu beli jugak maknanya berlagak mampu. tak heran la anak dah skolah menengah pon utang kereta masih tak abis bayar. So...renti-rentikan lah nengok iklan kereta baru tu dan belajar la menyimpan tak kira lah takaful atau simpan kat bank islam ke...

p/s : Kalau rajin pergi la visit Rumah Pengasih tu, itu la wajah kita 30 ke 40 tahun akan datang...tapi jgn lupa bawak jajan...menitik ayer mata dorang ooo...sedey, sedey

amik insuran @ make up keta ??

situasi nye adalah begini ...

aku penah cakap ngan 1 client aku...
1) kenapa dia buang duit make-up keta sampai abis beribu?
2)kenapa dia kena ambik ins keta?

jawapan dier -
1 } untuk soklan 1... suka hati saya la cik kak...duit saya...hobi saya....
2 } untuk soklan 2...dia jawab... kalo tak der insuran...tak boley renew roadtax... kalo keta accident atau ilang tak boley claim.
aku dengan hormatnyer telah senyum n sesambil tu, membri sedikit soklan kepada jawapan dia tadik

i } cemana kalo masa balik nie kang tetiba ko accident ? jadi hal, bla, bla, bla (bukan kita nak mintak...tapi ni kuasa tuhan).. yes...betol...awak ada ins kenderaan..kalo acc..bley claim ins.... tapi itu kalo keta awak je yg damage...
ii} kalo awak yg damage??? cam mana??? duit da abis make up keta..mana nak "korek" duit untuk rawatan kita plak...so...??? pk...pk...kn lh buat nya lumpuh...dah tak boley keje...saper yg nak sara hidup kita... dah la masa sihat...mak ngan ayah kita susah... bukan kita nak tolong pun... bila dah jadi hal...ayah dan mak kita yg dah sememang susah... akan bertambah susah lagi....

Itu le manusia, kalao bagi saranan yg logik, dia bagi pulak kita jawapan yg logik jugak (yg ikot akal dia) tapi nyakitkan hati.. Kalao bulan2 income 20,000 ke, tak kisah la nak make up kete ribu-riban, nak taruk jambatan pulau pinang tu buat aerial pun tak sapa yg kisah (ader aku kisah?? no, no, no), ni gaji ngam2 buat bayar instalment, tak heran ke kenapa org income 20,000 tak pernah nak make up kete, { sbb nya kerana mereka menggunakan otak utk mengawal hati}

Ada sebab kenapa org tua2 cakap "ikut hati mati" tu....antaranya ialah ikutkan hati buat benda2 tak berfaedah, merapu, meraban n ape juge yg sewaktu n seangkatan dengan nyer...

komen2 lh, kluar n lontarkan idea korang yg bernas tue..kita kongsi reramai.. meh, meh.. (sesi brainstorming untk jwpn korang)

Takaful Pendidikan @ SSPN ?


Takaful Pendidikan @ Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)?



Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

SSPN adalah skim yang dijamin kerajaan – maksudnya setiap wang anda yang tersimpan di bawah skim ini akan diganti oleh kerajaan sekiranya kerugian berlaku (e.g: sama seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan lain-lain pelaburan di bawah PNB).

Pulangan pelaburannya dari 2005 – 2007 ialah 4% setahun. Simpanan maksima ialah RM50,000 setiap akaun.

Di samping itu, manfaat perlindungan insurans dan bayaran pampasan atau khairat kematian juga disediakan secara percuma kepada semua pendeposit yang layak.

Kenapa anda patut melabur di dalam SSPN?

1. Anak-anak anda hanya layak untuk memohon pembiayaan pendidikan PTPTN sekiranya anda melabur di dalam SSPN. Dengan kadar pembayaran balik 1%, skim ini adalah dana pendidikan yang termurah di Malaysia.

2. Anda boleh mendapat pelepasan cukai sehingga RM3000 untuk setiap individu yang melabur (RM6000 sekiranya pasangan anda juga melabur dan mengisi borang cukai yang berlainan)

NOTA: Jumlah maksima pelaburan untuk anak-anak anda – ibu dan bapa ialah RM100,000 (dua akaun)

3. Bagi ibubapa yang berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan, setiap pelaburan anda akan digandakan oleh kerajaan di bawah insentif “Matching scheme”.

NOTA: Sekiranya anda, hanya mampu untuk melabur di satu dana, pilihlah SSPN kerana perlindungan percuma dan “Matching Scheme” ini.

Takaful Pendidikan

Takaful Pendidikan adalah pelan takaful berkaitan pelaburan (Takaful investment link) yang diuruskan oleh syarikat-syarikat Takaful di Malaysia. Anda akan bayar caruman setiap bulan yang akan dibahagikan untuk kegunaan seperti :
1) perlindungan Takaful,
2) pelaburan di dalam dana-dana amanah
3) membayar kos-kos pentadbiran dan operasi syarikat Takaful berkenaan

Ia adalah simpanan jangka panjang dan pelan perlindungan untuk kebajikan anak-anak. Anda boleh memilih strategi pelaburan dan dana-dana amanah sendiri – majoriti syarikat mempunyai TIGA dana : ekuiti, balance dan bon. Kebanyakan syarikat juga membenarkan satu pertukaran dana percuma setahun.

Pulangan pelaburan dana-dana ini berbeza mengikut strategi masing-masing. Untuk pulangan yang maksima anda perlu melabur semasa harga NAV yang rendah dan menjual apabila harga tinggi (rujuk
Takaful Link Malaysia untuk harga-harga terkini
).
Contoh-contoh pelan Takaful pendidikan yang ada di pasaran Malaysia sekarang ialah seperti :

1) Takaful Sarjana (Etiqa)
2) Takafulink Cerdik (PruBSN)
3) Takaful Siswa (Takaful Malaysia)
4) Ikhlas Education Takaful (Takaful Ikhlas)

Kenapa anda PERLU melabur di dalam Takaful Pendidikan sebagai satu strategi simpanan anak-anak anda?

1) Anda boleh “stretch” kegunaan wang anda – untuk pelaburan dan juga pelindungan (2 dalam 1). Dengan menyimpan hanya RM100 sebulan anda akan mendapat pulangan pelaburan DAN juga PERLINDUNGAN TAKAFUL sehingga RM100,000 sekiranya sesuatu berlaku kepada anda (pembayar) atau anak anda. Ini berbeza sekiranya anda melabur RM100 sebulan di ASB atau saham-saham amanah (unit trust) lain. Anak-anak akan kehilangan simpanan yang berterusan apabila anda mati atau tidak mampu bekerja lagi.

2) Ia adalah satu pelaburan jangka panjang - Dengan perancangan yang berkesan, anda boleh menyimpan sehingga 18 ke 20 tahun untuk dana pendidikan anak anda. Sehingga kini, saya kira ada 39 dana takaful di Malaysia. Di samping itu, tingkatkan juga ilmu pelaburan anda kerana melabur di unit trust dan Takaful Investment Link memerlukan skil untuk memilih, menukar dan menjual (Pilih, Tukar dan Jual) dana berdasarkan waktu, risiko dan keadaan semasa – untuk mendapatkan pulangan yang tinggi. “Compounded return” ini akan meningkatkan jumlah dana simpanan anak-anak anda.

3) Anda juga boleh mendapatkan perlepasan cukai sehingga RM3000 setahun untuk simpanan pendidikan anak-anak (RM6000 sekiranya pasangan anda juga melabur). Tetapi, perlepasan cukai ini dikongsi dengan had pelan Kesihatan (combine limit). Jadi, sekurang-kurangnya anda patut melabur sebanyak RM250 sebulan untuk tujuan pendidikan dan kesihatan. Perlepasan cukai pula ialah sebanyak RM720 (RM3000 sebulan @ cukai 24%). Sekurang-kurangnya, lepas juga bayaran kereta untuk sebulan :) :)

rancanglah kewangan anda dengan cara yang paling munasabah dan terbaik

” IF ONE DAY YOU CAN’T BRING HOME THE INCOMEPLEASE, PLEASE DON’T BRING HOME THE BURDEN FOR YOUR LOVE ONE”

yang bermaksud “Sekiranya suatu hari nanti anda tidak dapat membawa pulang pendapatan, janganlah sesekali bawa pulang kesusahan untuk orang-orang tersayang.”
Disaat ini saya sedang menkaji pelan kewangan dan perlindungan saya dan keluarga. Kata-kata ini tepat sekali. Dari pendapatan, simpan dan laburkan sedikit, guna sebaik-baiknya dan janganlah membazir.
Simpan bukan bermaksud hanya di dalam bank. Gunakan pelan-pelan simpanan termasuk takaful, saham, unit trust, kad perubatan dan sebagainya bagi memastikan anda dan keluarga bukan sahaja mempunyai simpanan yang mencukupi, tetapi juga dilindungi dari kos perubatan yang tinggi.
Alternatifnya, anda boleh gunakan hospital kerajaan atau bayar menggunakan wang simpanan anda – bayangkan RM20,000 habis untuk satu pembedahan dan beberapa hari percutian di hospital swasta.

Tepuk minda, tanyalah akal.

~ Jauhilah Riba ~

  • Apabila individu mendapatkan pinjaman daripada bank-bank konvensional atau membeli produk-produk insurans daripada syarikat insurans konvensional, secara automatik individu tersebut akan terlibat dengan amalan riba.
  • Riba jika dilihat dari segi istilah bermaksud mengambil atau mengenakan tambahan ke atas harta atau nilai pokok atau modal secara batil. Ada beberapa pendapat dalam penjelasan makna riba. Secara umumnya riba boleh disimpulkan sebagai pengambilan tambahan, baik dalam transaksi jual beli mahupun pinjam-meminjam secara batil yang bertentangan dengan prinsip muamalat Islam.
  • Ia sebagaimana firman Allah SWT yang maksud-Nya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu…(an-Nisaa’: 29)
    Di dalam al-Quran, perkataan riba ini diulang lapan kali di dalam empat surah iaitu surah al-Baqarah, ali-’Imran, An-Nisaa’ dan Ar-Rum. Ini menunjukkan bahawa pengharaman riba itu diturunkan secara berperingkat-peringkat seperti juga pengharaman arak kepada manusia. Dalam Surah Ar-Rum ayat ke-39, Allah SWT telah menerangkan unsur negatif yang terdapat dalam riba. Riba itu tidak dapat memberikan apa-apa faedah sekalipun di sisi Allah SWT.
  • Sebaliknya, orang yang mengeluarkan zakat itulah yang akan dilipat-gandakan pahalanya serta mendapat keredaan Allah SWT. Inilah teguran pertama daripada Allah SWT kepada pengamal riba.
    Riba telah disepakati oleh seluruh ulama akan pengharamannya dan ia juga diharamkan oleh semua agama. Allah SWT melaknat mereka yang melibatkan diri dengan riba. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Rasulullah melaknat pemakan riba, pemberinya, dua orang saksinya dan juru tulisnya”. (riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, An Nasa’i dan Ibn Majah)
  • Riba adalah salah satu dosa besar. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil). (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  • Terlibat dengan riba menjadi sebab mendapat kemurkaan Allah SWT. Pemakan dan pemberi riba sebenarnya mereka memerangi Allah SWT dan Rasul-Nya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah: 278)
  • Al Qurtubi menyebut bahawa tiada dosa yang lebih buruk dari riba sehinggakan Allah SWT sendiri begitu tegas di dalam firman-Nya dengan mengisytiharkan perang. Setiap manusia mempunyai kehormatan diri yang sangat tinggi termasuklah dalam soal hartanya. Tidak wajar mencabuli harta yang dimilikinya kerana ia dikira mencabul kehormatannya. Riba adalah salah satu bentuk pencerobohan ke atas harta orang lain secara batil.
    Sebagai contoh dalam pinjaman, sebarang pertambahan ke atas nilai pokok yang diberikan dianggap sebagai mendapatkan habuan tanpa ada susah payah malah diperolehinya di atas kesusahan orang lain.
    Oleh itu Islam mengharamkan riba untuk menjaga maruah seseorang daripada sewenang-wenangnya dicerobohi. Islam sangat menggalakkan sifat tolong menolong di antara satu sama lain. Firman Allah yang bermaksud: …dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah… (al-Maidah: 2)
  • Falsafah di sebalik pinjaman dalam Islam ialah untuk memenuhi keperluan seseorang yang dalam kesusahan, memupuk semangat tolong menolong dan untuk menyuburkan kasih sayang di antara satu sama lain. Dengan mengenakan caj tambahan yang kadangkala berganda-ganda melenyapkan nilai-nilai mulia ini malah dengan amalan riba ini telah menyuburkan sikap mengeksploitasi dan menindas golongan yang sedang dalam kesusahan.
  • Akhirnya lahirlah manusia yang tamak, mementingkan kepentingan sendiri dan menjadi hamba kepada harta.
    Islam mengharamkan riba kerana ia bercanggah dengan fitrah kehidupan manusia di mana setiap individu perlu menjadi anggota atau unsur kepada produktiviti. Akan tetapi menerusi amalan riba ini menyebabkan manusia menjadi malas untuk berusaha dan hanya memikirkan bagaimana hendak melipatgandakan keuntungan di atas keringat orang lain. Akhirnya harta tidak berkembang dan hanya berlegar di kalangan orang-orang kaya sahaja. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda. (al-Rum: 39)
  • Riba juga akan membuka pintu keburukan dan menghilangkan keberkatan harta serta kehidupan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa”. (riwayat Ahmad). Pengamal riba dikira telah melakukan dosa zina ibu bapa sendiri seperti sabda Rasulullah SAW: “Riba mempunyai 73 pintu, riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya…” (riwayat Ibn Majah dan Al-Hakim)
  • Riba itu boleh terjadi dalam dua keadaan iaitu semasa berjual beli ataupun berhutang. Dalam perbahasan kitab fikah ia disebut sebagai Riba Buyu’ (riba dalam jual beli) dan Riba Duyun (hutang). Riba Buyu’ adalah berlaku pertukaran barangan ribawi yang berbeza dari segi kuantitinya seperti menukarkan 1 kilogram (kg) beras jenis A dengan 2 kg beras jenis B atau berlaku penangguhan dari sudut masa seperti membeli emas secara hutang. Dalam konteks semasa riba jenis ini boleh berlaku sebagai contoh dalam urusniaga mata wang asing (forex).
  • Barangan ribawi ialah medium pertukaran seperti emas, perak, mata wang dan makanan asasi seperti beras, gandum dan sebagainya. Jual beli yang melibatkan barangan ribawi ini hendaklah mematuhi syarat yang ditetapkan agar tidak berlaku transaksi riba seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda: Emas hendaklah dibayar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tepung dengan tepung, kurma dengan kurma, garam dengan garam, bayaran harus dari tangan ke tangan (tunai). Barang siapa memberi tambahan atau meminta tambahan, sesungguhnya ia telah berurusan dengan riba. Penerima dan pemberi itu sama-sama bersalah. (riwayat Muslim)
  • Riba Duyun adalah riba yang berlaku dalam urusan pinjam meminjam, iaitu apa-apa penambahan ke atas amaun pokok sama ada penambahan tersebut dijanjikan oleh peminjam atau ditetapkan oleh pemberi pinjam semasa akad atau semasa apabila telah berlaku default.
  • Sebagai contoh, seseorang memberi pinjam kepada sahabatnya RM10,000. Semasa beliau memberikan wang tersebut beliau menetapkan kepada sahabatnya supaya membayar lebih RM500 ke atas nilai pokok tersebut daripada awal lagi atau mengenakan caj sebanyak lima peratus jika sahabatnya gagal membayar ansuran atau sahabatnya berjanji untuk membayar lebih sebanyak RM300.
  • Semua senario ini adalah contoh mudah senario transaksi Riba Duyun dalam pinjaman. Riba jenis ini banyak berlaku di bank-bank konvensional masa kini seperti pinjaman dalam membeli kereta, membeli rumah, pinjaman peribadi dan sebagainya. Berdasarkan hujah-hujah yang diberikan sama ada daripada ayat-ayat al-Quran, as-Sunnah dan praktis semasa bank-bank dan syarikat-syarikat insurans konvensional pada hari ini, ia menunjukkan amalan riba membawa kepada lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada individu mahu pun ahli keluarga mereka.
  • Justeru, sebagai ahli masyarakat yang bertanggungjawab serta mementingkan keadilan dalam setiap perkara, seharusnya kita mempromosikan perbankan Islam dan produk-produk yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat Takaful, sebagai alternatif dan jalan penyelesaian daripada terlibat dengan amalan riba.
    Sekurang-kurangnya, kita telah berusaha untuk memberi jalan keluar kepada masyarakat daripada terus bergelumang dengan amalan riba yang sememangnya dilaknat oleh Allah SWT.
    Sumber:
  • http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Thursday, April 16, 2009

Pyzam Glitter Text Maker
Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts

Apa² yAnG DiKaTakAn SEBaGai PenYAkit KRItiKaL

aNTara pEnYAKit² YanG DILinDunGi
1. Penyakit Arteri Koronari
Dengan syor Pakar Perunding Kardiologi, menjalani pembedahan jantung terbuka bagi membetulkan arteri koronari yang mengecil atau tersumbat dengan graf pintasan. Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan. Angiografi dan Pengkateteran Kardium dikecualikan.
2. Penyakit Arteri Koronari yang Serius
Pengecilan lumen bagi sekurang-kurangnya tiga arteri koronari dengan minimum tujuh puluh lima peratus (75%). Bukti angiografi bagi penyakit sebenar hendaklah diberikan.
3. Penggantian Injap Jantung
Menjalani penggantian satu injap jantung atau lebih bagi rawatan penyakit injap jantung. Pembaikan injap jantung dan valvatomi dikecualikan secara khusus.
4. Pembedahan Aorta
Menjalani pembedahan bagi aorta yang berpenyakit yang memerlukan eksisi dan penggantian aorta yang berpenyakit dengan graf. Aorta di sini merujuk aorta toraks dan abdomen sahaja.
5. Kardiomiopati
Diagnosis tepat oleh pakar perunding kardiologi ke atas kardiomiopati yang menyebabkan gangguan fungsi ventrikel beberapa etiologi dan mengakibatkan gangguan fizikal ke tahap sekurang-kurangnya kelas tiga (III) atau kelas empat (IV) menurut New York Heart Association of Cardiac Impairment.
6. Ensefalitis
Inflamasi bahan otak yang teruk yang mengakibatkan sekuela neurologi yang ketara dan kekal seperti yang disahkan oleh Pakar Perunding Neurologi yang memuaskan persatuan/syarikat. Ensefalitis akibat jangkitan HIV dikecualikan.
7. Tumor Otak Benigna
Tumor bukan kanser pada otak. Sista, granuloma, malformasi dalam, atau pada arteri atau vena otak, hematoma dan tumor pada kelenjar pituitari atau spina dikecualikan.
8. Meningitis Bakteria
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Meningitis Bakteria yang menyebabkan inflamasi membran otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan defisit neurologi kekal.
9. Penyakit Neuron Motor
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Neuron Motor. Etiologi penyakit tidak diketahui dan ia dicirikan melalui kemerosotan yang progresif pada salur kortikospina dan sel tanduk luar atau neuron eferen bulba. Ini termasuk distrofi otot spina, palsi bulba progresif, sklerosis lateral amiotrofik dan sklerosis lateral primer.
10. Penyakit Parkinson
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Penyakit Parkinson Idiopatik (agitasi kelumpuhan) yang memerlukan rawatan dengan menggunakan prekursor dopamin.Semua bentuk Parkinsonisma lain dikecualikan
11. Penyakit Aizheimer
Keadaan dementia prasenil yang disebabkan oleh kemerosotan atau hilang keupayaan intelek seperti yang dibuktikan oleh keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diterima, ujian atau kelakuan abnormal bagi Penyakit Aizheimer, dan gangguan degeneratif organik tak berbalik yang mengakibatkan penurunan mental dan fungsi sosial yang ketara untuk melakukan sendiri tiga daripada aktiviti kehidupan harian yang berikut atau lebih.Aktiviti kehidupan harian adalah:
a) Bergerak dan Mobiliti – keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yang bersebelahan atau dari satu tempat ke tempat lain di dalam bilik atau duduk atau bangun dari katil atau kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal orang lain.
b) Kontinens: keupayaan untuk mengawal fungsi pundi kencing dan usus secara terkawal untuk menjaga kebersihan diri.
c) Pakaian – memakai dan menanggalkan semua bahagian pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
d) Tandas – masuk dan keluar dari tandas, duduk dan bangun dari mangkuk tandas dan kebersihan diri yang berkaitan.
e) Makan – melakukan semua pergerakan untuk memakan makanan yang telah disediakan.Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.Penyakit neurosis dan psikotik dikecualikan.
12. Poliomielitis
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh seperti yang dibuktikan melalui gangguan fungsi motor atau kesukaran bernafas.Kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk menerima Manfaat ini. Punca lumpuh yang lain dikecualikan.
13. Sklerosis Berbilang
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sklerosis Berbilang dan disokong dengan bukti klinikal bagi lebih daripada satu defisit neurologi yang ditentukan dengan jelas, dengan tanda berterusan yang melibatkan saraf optik, pangkal otak dan saraf tunjang serta gangguan koordinasi dan fungsi motor dan penderia, yang berterusan selama sekurang-kurangnya enam bulan.
14. Sindrom Apalik
Diagnosis tepat oleh pakar perunding neurologi bagi Sindrom Apalik (nekrosis universal pangkal otak masih baik). Keadaan ini hendaklah didokumentasikan secara perubatan sekurang-kurangnya selama satu bulan.
15. Lumpuh
Hilang secara kekal dan menyeluruh penggunaan dua anggota badan atau lebih. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan penyakit lumpuh itu hendaklah diberikan.
16. Koma
Keadaan tidak sedarkan diri tanpa tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman yang berlaku secara berterusan, dengan penggunaan sistem sokongan hayat bagi tempoh selama sekurang-kurangnya sembilan puluh enam (96) jam dan mengakibatkan defisit neurologi kekal. Bukti defisit neurologi kekal hendaklah diserahkan mengikut kehendak Kami.
17. Hilang Keupayaan Diri
Pengesahan oleh pakar perunding perubatan bagi hilang keupayaan diri yang menyebabkan ketakupayaan kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) daripada aktiviti kehidupan harian berikut:Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain untuk orang hilang upaya.Bagi tujuan Manfaat ini, perkataan “kekal” bermaksud tidak mempunyai harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
18. Hilang Penglihatan
Hilang penglihatan secara kekal dan menyeluruh pada kedua-dua belah mata sama ada penglihatannya sudah dibetulkan atau tidak dibetulkan. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang penglihatan hendaklah diberikan.
19. Hilang Pendengaran
Hilang pendengaran secara menyeluruh dan tak berbalik pada kedua-dua belah telinga. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pendengaran hendaklah diberikan.
20. Hilang Pertuturan
Hilang keupayaan bertutur secara menyeluruh dan tak berbalik disebabkan oleh kerosakan fizikal pada pita suara. Bukti perubatan yang diterima bagi mengesahkan hilang pertuturan hendaklah diberikan.
21. Kanser
Manifestasi tumor malignan, yang dicirikan melalui pertumbuhan dan perebakan sel malignan yang tidak terkawal dan invasi tisu. Istilah kanser termasuklah leukemia (selain leukemia limfositik kronik) dan penyakit Hodgkin. Diagnosis hendaklah disokong oleh bukti histologi bagi malignansi. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan, semua tumor yang diterangkan secara histologi sebagai pramalignan atau hanya menunjukkan perubahan malignan awal, kanser-in-situ, penyakit Hodgkin peringkat I dan kanser papilari pada pundi kencing dikecualikan.
22. Anaemia Aplastik
Kegagalan sumsum tulang yang didiagnosis oleh pakar hematologi sebagai aplastik yang mengakibatkan anemia, neutropenia dan trombositopenia yang memerlukan rawatan dengan salah satu yang berikut:a) Pemindahan produk darahb) Agen perangsang sumsumc) Agen imunosupresifd) Pemindahan sumsum tulang
23. Trauma Kepala Utama
Kecederaan kepala akibat kemalangan yang menyebabkan kerosakan serebrum (seperti yang ditunjukkan melalui teknik pengimbasan atau pengimejan moden dan disahkan oleh pakar perunding neurologi) yang mengakibatkan gangguan fungsian kekal dan keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga daripada aktiviti kehidupan harian berikut tanpa bantuan:Mandi, memakai pakaian, makan, keupayaan duduk atau bangun dari katil atau kerusi dan mengawal fungsi usus atau pundi kencing secara terkawal, sama ada dengan atau tanpa menggunakan kelengkapan mekanikal, peranti khas atau alat bantu atau alat penyesuai lain bagi orang hilang upaya.Bagi tujuan Manfaat ini perkataan “kekal” bermaksud tidak ada harapan untuk sembuh dengan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
24. Luka Terbakar Teruk
Luka terbakar Darjah Ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%)Permukaan tubuh
25. Pemindahan Organ Utama
Menjalani pemindahan, sebagai penerima jantung (termasuk jantung mekanikal), paru-paru, hati, pankreas atau sumsum tulang.
26. Kegagalan Buah Pinggang
Peringkat akhir kegagalan buah pinggang disebabkan oleh walau apa jua sebab, ditunjukkan sebagai kegagalan tak berbalik kronik bagi kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi, dan akibat daripada itu dialisis ginjal secara tetap digunakan atau pemindahan buah pinggang dijalankan.
27. Penyakit Hati Kronik
Diagnosis penyakti hati peringkat akhir seperti yang dibuktikan oleh semua yang berikut:a)Demam kuning yang kekalb)Asites; danc)EnsefalopatiPenyakit hati sekunder yang disebabkan oleh alkohol atau salah guna dadah dikecualikan.
28. Hepatitis Virus Fulminan
Diagnosis kegagalan hati yang dicirikan melalui nekrosis hati yang teruk yang disebabkan oleh virus Hepatitis Fulminan. Kriteria diagnostik berikut hendaklah dipenuhi:
a)Pengecilan saiz hati secara mendadak;
b)Nekrosis yang melibatkan keseluruhan lobul dan meninggalkan hanya rangka kerja yang merosot;
c)Fungsi hati yang merosot secara mendadak; dan
d)Demam kuning yang semakin teruk.Walau bagaimanapun, diagnosis penyakit ini dikecualikan jika diagnosis tersebut disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh cubaan membunuh diri, keracunan, dadah melebihi dos dan pengambilan alkohol secara berlebihan.
29. Serangan Jantung
Kematian sebahagian daripada otot jantung (miokerdium) akibat daripada bekalan darah yang tidak mencukupi dan yang dibuktikan oleh :
a)Sejarah sakit dada tipikal yang berpanjangan; dan
b)Perubahan baru elektrokardiogeraf disebabkan oleh peristiwa ini; danc)Kenaikan paras enzim kardiak (CPK-MB) di atas paras yang secara amnya diterima oleh makmal sebagai tahap normal. Enzim kardiak atau biomarkers yang menunjukkan kenaikan signifikan menunjukkan peristiwa terbaru telah berlaku. Diagnosis berdasarkan ujian Troponim T sahaja tidak diambil kira sebagai diagnostik serangan jantung. Diagnosis ischaemia dengan cara lain yang tidak disokong oleh kenaikan signifikan dalam enzim kardiak atau biomarkers akan terkecuali. Angina secara khusus tidak termasuk.
30. Penggantian Injap Jantung
Menjalani pembedahan jantung terbuka menggantikan atau memperbaiki injap jantung yang di akibatkan oleh kecacatan atau keadaan tidak normal injap jantung yang berlaku selepas tarikh pengeluaran atau tarikh dikuatkuasakan semula Polisi dan / atau Aneksur, yang mana terkemudian.Pembaikan melalui prosedur intra-arterial, valvotomi, pembedahan lubang kunci atau teknik serupanya tidak termasuk.
31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
Bermakna hipertensi pulmonari primer dengan pembesaran yang banyak ventrikular kanan seperti yang ditentukan oleh penyiasatan termasuk katerterisasi kardiak, mengakibatkan kecacatan fizikal kekal tidak boleh pulih sehingga tahap sekurang- kurangnya Kelas 3 Klasifikasi Persatuan Jantung New York berkenaan kecacatan kardiak, dan mengakibatkan Hayat yang Diasuranskan tidak dapat menjalankan pekerjaannya dengan biasa.
32. Pembedahan Otak
Sebenarnya menjalani pembedahan otak semasa anestesia am apabila kraniotomi dilakukan. Pembedahan otak dan Bur Hole akibat kemalangan tidaklah termasuk.
33. Strok
Ditakrifkan sebagai kemalangan atau kejadian serebrovaskular yang menyebabkan sekuela neurologi yang kekal, telah berterusan selama tidak kurang dari enam bulan. Infarksi tisu otak, hemorrhage dan suatu embolus yang berpunca dari ekstrakranial adalah termasuk. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan yang dilihat didalam CT Scan atau MRI dan disahkan oleh seorang Pakar Neurologi Perunding bertauliah.Secara khusus dikecualikan adalah gejala cerebral akibat serangan iskemia sementara,sebarang defisit iskemia neurologikal boleh undur, sebarang serangan iskemia vertebrobasilar, tanda- tanda cerebral akibat migraine, kecederaan cerebral akibat trauma atau hypoxia dan penyakit vaskular memberi kesan kepada mata atau saraf optik atau fungsi vestibular
34. Lumpuh Paraplegia
Hilang secara menyeluruh dan kekal penggunaan kedua- dua anggota tangan atau kaki, atau satu anggota tangan dan satu kaki, kerana lumpuh akibat sakit atau kecederaan berlanjutan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau sakit.
35. Penyakit Paru- Paru Kronik
Kegagalan respiratori peringkat akhir termasuk penyakit paru- paru intersitial kronik.Kriteria berikut mestilah dipatuhi:a)Memerlukan terapi oksigen kekal akibat hasil ujian FEV 1 yang tidak melebihi satu (1)liter.(“Forced Expiratory Volume” semasa saat pertama hembusan nafas secara paksaan); dan
b)Analisis Gas Darah Arterial dengan tekanan oksigen separa sebanyak 55mmHg atau kurang; danc)Dsypnoea semasa berehat.
36. Distrofi Otot
Diagnosis distrofi otot yang disahkan oleh Pakar Neurologi Perunding yang terdiri daripada kombinasi 3 daripada 4 keadaan yang berikut:
a)Sejarah ahli keluarga lain yang menghidapinya
b)Presentasi klinikal termasuk ketiadaan kekacauan deria, cecair normal serebro-spinal dan pengurangan kecil refleksi tendon
c)Karakteristik elektromiaogram
d)Pengesyakan klinikal disahkan oleh biopsi otot

Wednesday, February 18, 2009

sambungan eTiQa Mesra

TAKAFUL MESRA
Matlamat:
Menyediakan satu tabung simpanan bagi tujuan simpanan hari tua dan pesaraan yang
cemerlang berserta perlindungan yang komprehensif
Kelebihan TN Mesra:
1) Selepas 3 tahun menabung peserta dibenarkan membuat pengeluaran maksima 80% dari Akaun Peserta setiap tahun.
2) Tiga manfaat asas disediakan:
a) Manfaat matang – Di mana semua wang yang dilaburkan akan dipulangkan bersama dividen mudarabah keuntungan pelaburan.
b) Khairat kematian – Jika peserta meninggal dunia pampasan khairat kematian akan dibayar kepada waris.
c) Keilatan Kekal Menyeluruh – Peserta akan menikmati pampasan penuh jika berlaku keilatan kekal menyeluruh sehingga usia 65 tahun.
3) Peserta juga boleh mengambil manfaat tambahan bagi melengkapkan keseluruhan perancangan kehidupan:
i) Manfaat Kematian dan Keilatan Kekal Akibat Kemalangan (MKKAK)
ii) Manfaat Ideminiti Kemalangan (MIAK)
iii) Manfaat Harian Hospital (MHH)
iv) Manfaat Penyakit Kritikal (MPK)
v) Manfaat Bertempoh (MB)
vi) Manfaat Pengecualian Sumbangan (MPS)
Manfaat dan Faedah Program Takaful Mesra:
1) Keuntungan Mudarabah dikongsi 80% kepada peserta dan 20% kepada pengendali Takaful Nasional.
2) Pengeluaran zakat dilaksanakan sepenuhnya setiap tahun menjadikan wang yang dilabur berkat dan apabila matang tidak perlu keluar zakat.
3) Pelaburan yang halal diluluskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan diselia oleh Majlis Pengawasan Syariah.
4) Pengecualian Cukai Pendapatan.
5) Menderma serta menolong sesama peserta apabila berlaku apa-apa musibah kepada peserta.
6) Melindungi Hayat Anda - Apabila berlaku keilatan ataupun penyakit kritikal , ia akan memberikan anda wang tunai yang mana ia Insya Allah akan menyelamat anda.
7) Menjadikan Pesaraan Anda Lebih Selesa - Kebanyakkan orang mempunyai aset di kala persaraan mereka, tetapi program ini menyediakan anda sejumlah wang tunai untuk persaraan anda.
Menjadikan Perasaan Anda Lebih Tenteram dan Tenang - Kehidupan bukanlah bermaksud berapa lama anda hidup tetapi berkualitikah kehidupan anda.Program ini akan membantu anda mencapai kehidupan berkualiti semasa dan juga masa tua anda.
9) Menjadikan anda rasa baik - Dengan program ini, anda mampu merancang untuk kehidupan yang lebih selesa. Anda sentiasa dalam keadaan selesa. Bagaimanakah perasaan anda.
10) Menjamin keluarga anda - Peninggalan wang berjumlah RM100K kepada keluarga anda akan membolehkan isteri anda mampu menguruskan anak-anak anda dengan baik, maka masa depan anak-anak akan terjamin Insya Allah.
n
11) Melindungi kerugian akibat kemalangan - Akibat kemalangan Takaful akan membayar MC dan pampasan kerugian di atas musibah kemalangan
12) Melindungi diri akibat kemalangan cacat penuh atau meninggal akibat kemalangan. Meninggal dan cacat penuh akibat kemalangan adalah perkara yang mengejutkan seolah-olah terputusnya bekalan elektrik. Justeru seandainya berlaku perkara sebegini TN akan membayar keseluruhan pampasan yakni:
Khairat kematian dibayar bersama, pampasan kemalangan dan pampasan kemalangan cacat penuh atau meninggal kemalangan. Jumlah $$ sudah tentu membantu keluarga bagi meneruskan kehidupan.
13) Mengganti Pendapatan – Sekiranya peserta di wadkan di mana-mana hospital manfaat harian hospital akan dibayar bagi menggantikan pendapatan yang hilang dan mengurangkan kerugian disebabkan peningkatan perbelanjaan.
Syarat Penyertaan:
Berusia dari 6 bulan hingga umur 60 tahun pada tarikh hari lahir akan datang.
Jangkamasa Polisi:
Dari 5 tahun hingga 79 tahun.
Lat sumbangan pelaburan:
Boleh dilakukan secara bulan, suku tahun, setengah tahun dan tahunan
Cadangan bagi sumbangan melalui potongan akaun bank, kad kredit Maybank
dan Potongan Biro Angkasa. Bayaran tunai / cheuqe digalakan 6 bulan
sekali atau setahun sekali.
Umur matang polisi maksima:
Pada usia 80 tahun

Monday, January 19, 2009

eTiQa MESRA


Pelan eTiQa Mesra

MESRA merupakan pelan yang menawarkan perlindungan dan elemen simpanan. Dari tahun keempat perlindungan, nisbah pengendalian sumbangan adalah lebih kepada simpanan iaitu setinggi 75%.

MANFAAT
Manfaat Mesra dibayar jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh dan bagi hilang upaya kekal menyeluruh manfaat akan dibayar secara beransur-ansur selama 5 tahun sebanyak 10% setahun dan ansuran terakhir pada kadar 60%.


SUMBANGAN
Jumlah sumbangan tahunan yang akan dibayar akan menentukan amaun perlindungan yang diperolehi dengan didarabkan dengan pendarab jadual yang berasaskan pada umur dan tempoh perlindungan. Nisbah sumbangan bagi simpanan adalah lebih apabila tempoh kontrak meningkat

Tuesday, January 6, 2009

KENAPA TAKAFUL ?


PENGERTIAN TAKAFUL

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'

Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah

CIRI - CIRI TAKAFUL

1.Sistem Islam
2. Sumbangan At-Tabarru'at
3. Pelaburan halal
4. Majlis Pengawasan Syariah
5. Tiada unsur riba
6. Tiada unsur maisir (Judi)
7. Tiada unsur gharar (Tidak jelas)
8. Al-mudharabah (Perkongsian untung)

Sistem Islam

Konsep insurans iaitu 'Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik" merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud "Dan hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan" merupakan bukti utama betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji).

Sumbangan At-Tabarru'at

Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara iklas

Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas ketika menyumbang (At-tabarru'at) bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan

Dalam industri Takaful, At-tabarru'at yang diperkenalkan ialah Al-tabarru'at yang bersyarat.

Bersyarat adalah dimana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak, justeru itu jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut


Pelaburan Halal

Wang peserta akan dilaburkan hanya dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah

Bentuk pelaburan;

Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan).
Akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah).
Projek pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil).
Harta bangunan.
Pembiayaan perumahan.
Sekuriti saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah).

Ada Majlis Pengawasan Syariah

Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b):-

"Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendalian tentang perniagaan Takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan"


Tiada Unsur Riba

Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan kebanyakanya dilaburkan didalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang beurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional

Unsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran faedah (Interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang Islam.


Tiada Unsur Maisir (Judi)

Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait.
Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:
Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungani (the insured event) tidak berlaku.
Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.


Tiada Unsur Gharar (Tidak Jelas)

Maksud Gharar ialah "Ketidakpastian". Ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah :
"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".
Di dalam kontrak insurans terdapat unsur ketidakpastian iaitu:
Tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan
Tidak diketahui kadar bayarannya
Tidak diketahui bila masanya


Al-Mudaharabah (Perkongsian Untung)

Mudharabah bererti perkongsian untung diantara peserta dan syarikat.
Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan
Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat

Contoh
Nisbah 80:20 atau 50:50 atas keuntungan diantara peserta dan syarikat


KEUNTUNGAN MENYERTAI TAKAFUL

Menegakkan sistem muamalah Islam

Mendapat skim perlindungan melalui pelan takaful.

Mendapat pulangan melalui perkongsian untung
Keuntungan Pelaburan semasa tempoh takaful ( iaitu dari akaun peserta (AP))
Keuntungan pelaburan selepas tempoh takaful (iaitu dari akaun Khas Peserta (AKP))
Nisbah Mudharabah - Bergantung 50:50 ; 80:20 diantara peserta dan syarikat


TAKAFUL PRIMA





PENGENALAN


Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan perlindungan serta simpanan yang dapat memenuhi kehendak semasa peserta. Pelan ini ditawarkan kepada individu berumur diantara 6 bulan sehingga 54 tahun sahaja.
Pelan ini memberikan manfaat perolehan setiap 3 tahun jaminan pulangan berjadual dengan anggaran 10% dari amaun perlindungan (Dengan andaian pulangan pelaburan sebanyak 4% ke atas Akaun Khas Peserta)
Kadar pulangan yang lebih tinggi atau rendah akan mengubah jumlah pembayaran ini.
Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat perlindungan bila berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil walaupun Manfaat Perolehan sudah dibayar

MANFAAT ASAS

1. Perolehan Setiap 3 tahun (Survival)
Jaminan manfaat berjadual setiap tiga tahun sehingga tamat tempoh pelan 10 % dari nilai amaun perlindungan dibayar atas andaian pulangan pelaburan sebanyak 4% keatas Akaun Khas Peserta

2. Kematangan
Semasa tamat tempoh kontrak yang disertai

3.Keilatan Kekal Menyeluruh (Sehingga umur 65 tahun)
i.Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau menjalankan sebarang kerja untuk mendapat upah, pampasan atau untung dengan syarat keilatan tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan

ii.Hilang keseluruhan peglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan, atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilan hilang/putus keseluruhan legan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali

Untuk pelan juvana, hanya (ii) sahaja terpakai


4.Kematian
Termasuk kematian atas sebab biasa atau kemalangan.


CIRI - CIRI PELAN

Jaminan pulangan berjadual akan dibayar setiap tiga tahun. (Contoh: 10% dari Amaun Perlindungan – dengan andaian pulangan sebanyak 4 % ke atas Akaun Khas Peserta. Kadar yanglebih tinggi atau renah akan mengubah jumlah manfaat ini)


Perlindungan Kematian atau Keilatan Kekal Menyeluruh sepenuhnya walaupun Manfaat Perolehan sudah dibayar

Terdapat nilai tunai

Tiada Lien untuk Juvana

Manfaat Kematian dan Keilatan Kekal Menyeluruh boleh dilanjutkan kepada Juvana

Peruntukan Bukan Lucuthak melalui Sumbangan Automatik (Non-forfeilure Option in Automatic Contribution)